Serangan paling ganas gegar Lubnan

Serangan paling ganas gegar Lubnan
Serangan paling ganas gegar Lubnan

Laluan utama menuju ke utara Beirut sesak selepas penduduk sekali lagi berpindah beramai-ramai.

BEIRUT – Kementerian Kesihatan Lubnan mendakwa serangan paling ganas dilancarkan Israel telah meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa termasuk dua kanak-kanak pada Ahad selepas rejim Zionis sekali lagi melanggar gencatan senjata yang dilanjutkan pada minggu lalu.

“Hampir 40 orang awam lain turut cedera dalam serangan di beberapa lokasi di selatan,” ujar kementerian itu.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memberi alasan pencabulan tempoh bertenang itu kononnya untuk menyasarkan kedudukan pejuang Hizbullah.

Sejak 17 April lalu, Israel telah memperhebatkan kempen pengeboman ke atas Beirut, beberapa hari sebelum pelanjutan gencatan senjata selama tiga minggu diumumkan Amerika Syarikat (AS).

Tentera Zionis dilaporkan beroperasi di ‘Garisan Kuning’ yang diceroboh mereka di kawasan sempadan.

Sekurang-kurangnya 36 kematian direkodkan sejak tempoh bertenang diumumkan pada 16 April lalu.

Gelombang perpindahan penduduk kembali melanda Lubnan apabila aliran kenderaan menuju ke utara dilaporkan sesak susulan amaran terbaharu dikeluarkan Zionis. – AFP

 

Scroll to Top