Usia kini sudah mencecah 43 tahun, pelakon Faezah Elai masih mengekalkan berat badan ideal 43 kilogram.
Menerusi satu temu bual, Faezah berkata dia sememangnya mengamalkan Intermittent Fasting (IF) sejak sebelum kahwin lagi untuk mengekalkan berat badan.
BACA: Kurus & Kacak, Suami Faezah Elai Tak Sentuh nasi Sejak 2019, Makan 12 Biji Telur Sehari
“Berat saya sekarang 43 kilogram. Saya amalkan IF sejak dulu lagi, sejak zaman anak dara. Saya sudah terbiasa dengan IF, jadi tidak rasa susah atau terlalu mencabar. Pada awalnya memang agak sukar, tapi lama-kelamaan saya dapat menyesuaikan diri,” katanya.
Sementara itu, Faezah berkata kerjaya sebagai pelakon mendorongnya untuk mengekalkan bentuk badan yang ideal kerana akan nampak lebih berisi apabila di kaca televisyen.
“Saya ada anak, jadi badan memang perlu sentiasa fit dan sihat. Tambahan pula sebagai pelakon, penampilan di kaca TV biasanya akan nampak sedikit berisi berbanding saiz sebenar.
“Sebab itu, realitinya badan perlu lebih kecil. Kalau orang jumpa saya secara berdepan, mereka akan kata saya kecil dan halus, tetapi di TV nampak seperti tiga kali lebih besar,” katanya.




