28 April 2026 02:39pm
Masa membaca: 4 minit

Suspek yang dikenali sebagai Cole Allen ditahan susulan insiden tembakan pada majlis makan malam wartawan Rumah Putih di Washington.
ISTANBUL – Cole Tomas Allen, suspek tembakan di luar Majlis Makan Malam Wartawan Rumah Putih pada Sabtu, dihadapkan pada Isnin di mahkamah persekutuan atas pelbagai tuduhan termasuk cubaan membunuh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.
Tuduhan lain termasuk mengangkut senjata api dan peluru merentasi sempadan negeri dan melepaskan tembakan senjata api ketika jenayah keganasan, lapor Politico.
Cubaan membunuh presiden AS membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.
Allen akan terus ditahan sementara menunggu perbicaraan berhubung tempoh masa penahanan lebih lama yang dijadualkan pada Khamis.
Lelaki California berusia 31 tahun itu ditahan pada Sabtu selepas cuba melepasi pusat pemeriksaan Perkhidmatan Rahsia di Hotel Hilton Washington, di mana majlis makan malam tahunan itu diadakan. – Bernama



