“Pinjam dua, dia kasi satu je”- Individu dakwa Sarah Yasmine tak pulangkan seterika?

“Pinjam dua, dia kasi satu je”- Individu dakwa Sarah Yasmine tak pulangkan seterika?

Kecoh di media sosial apabila seorang individu mendakwa personaliti media sosial asal Singapura, Sarah Yasmine, tidak memulangkan barangan yang pernah dipinjam daripadanya, sekali gus mencetuskan semula perbualan hangat di platform Threads.

Dakwaan itu tular selepas seorang wanita tampil berkongsi pengalaman lama ketika dia bekerja di sebuah pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan sambungan bulu mata, sekitar dua tahun lalu.

Menurutnya, insiden berlaku apabila individu berkenaan datang untuk mendapatkan rawatan sebelum meminta meminjam dua buah seterika baju atas alasan tertentu.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa hanya satu seterika dipulangkan semula, manakala selebihnya tidak dikembalikan walaupun telah beberapa kali cuba mendapatkan semula barang tersebut.

“Samalah macam pinjam seterika saya, datang nak buat lashes. Selepas itu pukul 10 lebih tanya ada orang jual seterika tak malam buta.
“Saya yang baik hati bagilah pinjam. Bukan satu, dua pula itu. Selepas itu, pulangkan satu je, itu pun yang buruk. Sampai ke sudah tak pulangkan seterika,”katanya menerusi perkongsian di Threads.

Artikel lain: 2 tahun berlalu, Sarah Yasmine tuntut Bella & Didi Astillah tunai janji -“Dah bahagia sekarang kan?”

Perkongsian itu turut mendakwa usaha untuk mendapatkan semula barang berkenaan menemui jalan buntu selepas pihaknya cuba menghubungi semula, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Sarah Yasmine berhubung dakwaan yang sedang tular itu.

Sumber: Threads elprincess_lashes, sarahyasmine

Scroll to Top