Pelakon Hafidz Roshdi tampil membuat pendedahan mendakwa bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, menghalangnya daripada bertemu serta berhubung dengan anak-anak mereka.
Dihalang jumpa anak

Menurut Hafidz, dia hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan berharap konflik bersama bekas isterinya tidak melibatkan anak-anak sekali gus menegaskan bahawa mereka memerlukan figura seorang bapa.
Screenshot
“Awak ada masalah dengan saya, jangan libatkan anak-anak. Anak perlukan father figure juga,” tulisnya di Instagram Story
Hafidz turut memaklumkan bahawa dia telah memperoleh hak lawatan daripada mahkamah, justeru berharap peluang untuk bertemu bersama anak-anak tidak disekat.
Pada masa sama, dia mengakui kesilapan lalu dan telah memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang perkahwinan mereka, sama ada dari sudut kewangan, emosi mahupun perkara lain yang mungkin terlepas pandang.
“Saya dah dapat hak dari mahkamah. Saya minta maaf atas apa yang dah jadi sebelum ini. Saya tak nak bermusuh, saya cuma nak hak untuk jumpa Humairah dan Umar,” ujarnya.
Tambah Hafidz lagi, dia tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan, sebaliknya hanya mahu memastikan hubungan sebagai bapa dan anak terus terjalin. Dia juga meminta agar bekas isterinya tidak menghalang usaha tersebut.

“Jangan sekat atau halang. Saya nak jalankan tanggungjawab sebagai abah. Saya nak call tanya khabar perkembangan mereka,” tambahnya lagi.
Dalam kenyataan sama, Hafidz turut memohon agar diberikan nombor telefon terkini anaknya, Humairah, bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan balas daripada pihak Shuhada berhubung dakwaan tersebut. Isu melibatkan pasangan ini terus menjadi perhatian ramai, khususnya berkaitan hak penjagaan dan kebajikan anak-anak mereka selepas berpisah.
Artikel lain: Hafidz Roshdi dedah tak boleh jumpa anak, Shuhada langgar perintah mahkamah
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram hafidz.roshdi




