Akhirnya Terjawab, Norreen Iman Ke Mahkamah Syariah Untuk Pengesahan Lafaz Cerai

Akhirnya Terjawab, Norreen Iman Ke Mahkamah Syariah Untuk Pengesahan Lafaz Cerai

Oh! Artis

Isu rumahtangga Norreen Iman mula diperkatakan selepas mereka tidak lagi berkongsi gambar bersama.


Kemunculan pelakon dan pempengaruh Norreen Iman di mahkamah hari ini akhirnya menguatkan lagi spekulasi yang sebelum ini hangat diperkatakan ramai.

BACA: Rumah Tangga Norreen Iman Didakwa Bergolak, Tuan Badan Akhirnya Bersuara

Sebelum ini, Norreen dilihat cuba menepis dakwaan rumah tangga bergolak, namun kehadirannya ke mahkamah seolah-olah memberi bayangan situasi sebenar yang sedang dihadapi.

Hadir bersama suami di mahkamah

Norreen Iman

Memetik laporan Kosmo!, Norreen atau nama penuhnya Norreen Iman Abdullah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai.

Beliau tampil serba hitam dan ditemani suami, Mohd Raizi Abd Razak namun kedua-duanya memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status rumah tangga mereka.

Smile (senyum). Saya cuma rasa lapar saja sekarang ini.

Difahamkan, Norreen selaku plaintif telah memfailkan pengesahan lafaz cerai itu pada bulan ini.

Pssttt! Kalau betul hubungan ini sudah sampai ke tahap ini, pastinya bukan keputusan mudah untuk kedua-dua pihak. Apa pun, semoga segala urusan dipermudahkan dan mereka dapat mencari jalan terbaik demi kebaikan bersama, terutamanya untuk anak-anak.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top