Stutus rumah tangga pelakon Norreen Iman menjadi tanda tanya apabila dilhat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini bagi prosiding pengesahan lafaz cerai.
Memetik BH Online, Noreen tiba di mahkamah bersama suaminya, Mohd Raizi pada jam 9 pagi tadi. Difahamkan, pengesahan lafaz cerai difailkan Norreen sebagai plaintif, bulan ini.
BACA: Norreen Iman Tak Jadi Jual Baju Seksi Dulu, Tak Nak Tanggung Dosa
Norreen dan Raizi bagaimanapun enggan mengulas mengenai prosiding berkenaan selepas keluar dari dewan bicara tengah hari tadi.
“Smile. Saya cuma rasa lapar saja sekarang ini,” kata Norreen ringkas.
Terdahulu, timbul spekulasi mengenai rumah tangga Norreen dan suami apabila pasangan itu didakwa jarang berkongsi gambar bersama di media sosial.
Bagaimanapun, pada Ogos lalu, Norreen menafikan dakwaan berkenaan sebalinya memilih untuk tidak lagi terlalu terbuka berkongsikan mengenai kehidupan peribadi di media sosial.
Sumber: BH Online




