Video lucah ganggu prosiding Mahkamah Tinggi Delhi

Video lucah ganggu prosiding Mahkamah Tinggi Delhi

NEW DELHI – Satu sesi pendengaran dalam talian di Mahkamah Tinggi Delhi terganggu teruk pada Rabu selepas kandungan video lucah dan audio tidak senonoh tiba-tiba dipaparkan ketika prosiding sedang berlangsung.Kejadian berlaku sekitar jam 12.56 tengah hari waktu tempatan, semasa sesi mahkamah maya yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Delhi bersama seorang lagi hakim bersidang bagi mendengar kes-kes kepentingan awam (PIL).Menurut laporan, paparan kandungan tidak senonoh muncul secara tiba-tiba di skrin ketika prosiding sedang dijalankan, menyebabkan suasana mahkamah terganggu dan sesi terpaksa dihentikan serta-merta.Kakitangan mahkamah kemudiannya bertindak menutup sistem persidangan video bagi mengawal keadaan.Namun, apabila sesi cuba disambung semula beberapa minit kemudian, gangguan yang sama berulang sekali lagi apabila seorang penggodam yang menggunakan nama “Sh**jit Singh” didakwa menyiarkan semula kandungan lucah tersebut.Lebih membimbangkan, sistem juga didakwa mengeluarkan suara automatik yang berulang kali menyebut ‘Anda sudah digodam’ sekali gus menimbulkan kebimbangan kemungkinan berlaku pencerobohan siber terhadap sistem mahkamah.Gangguan berulang itu akhirnya memaksa pihak mahkamah menamatkan sepenuhnya sesi pendengaran dalam talian yang ketika itu melibatkan hampir 100 kes.Susulan insiden berkenaan, pentadbiran Mahkamah Tinggi Delhi telah membuat laporan rasmi kepada unit polis Delhi IFSO bagi menjalankan siasatan lanjut sama ada insiden tersebut berpunca daripada serangan siber atau penyalahgunaan platform video secara sengaja.Siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab serta tahap keselamatan sistem mahkamah dalam talian tersebut.-Agensi

Scroll to Top