“Kalau Saya Memang Ambil Wudhu Sebelum Make Up, Masuk Waktu Terus Solat” – Sissy Imann

“Kalau Saya Memang Ambil Wudhu Sebelum Make Up, Masuk Waktu Terus Solat” – Sissy Imann

Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann tampil memberikan respons susulan topik hangat membabitkan isu sama ada golongan artis menunaikan solat meskipun mengenakan solekan tebal.

Enggan isu tersebut menjadi perdebatan dalam kalangan warganet, Sissy memaklumkan, dia mengamalkan rutin mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang solekan pada wajahnya.

Menurutnya, proses ini lebih memudahkan dirinya untuk terus mengerjakan solat sebaik sahaja masuk waktu.

“Salam, kalau macam saya selalunya memang ambil wudhu sebelum makeup. Lepastu, nanti masuk waktu… sarung telekung dan solat,” katanya.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Bebas ini juga turut berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan dirinya lengkap bertelekung dengan solekan yang ada pada wajahnya.

“Ini video abang saya ambil Sabtu lepas. Nak solat Maghrib. Show jam 9 malam,” kongsinya.

Scroll to Top