Amira Othman Akhirnya Sahkan Kini Hamil Tujuh Bulan

Amira Othman Akhirnya Sahkan Kini Hamil Tujuh Bulan

Penyanyi, Amira Othman akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang sarat hamil anak pertama bersama suami tercinta, aktor Fattah Amin.

Menurut Amira atau nama lengkapnya, Nadia Amira Othman, 33, usia kandungannya kini difahamkan sudah mencecah tujuh bulan bersamaan 30 minggu.

“Alhmdulillah, saya ingin kongsikan bahawa sekarang saya hamil. Usia kandungan kini sudah 30 minggu dan perut saya pun sudah tidak boleh sorok lagi ini.

“Mohon semua doakan agar saya dan bayi dalam kandungan ini sihat dan selamat dilahirkan kelak. Insya-Allah, saya dijangka bersalin pada hujung Jun atau awal Julai ini,” katanya.

Amira berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran The Next Chapter Rissa Skin X Amira Othman di Hotel Concorde, Shah Alam.

Sementara itu, Fattah meluahkan rasa syukur dan teruja bakal menimang anak pertama bersama Amira.

“Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab. Dan saya tumpang rasa syukur kerana bakal dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk kami,” ujarnya.

Dalam masa sama, Amira dan Fattah bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi soal jantina anaknya itu.

Malah pelantun lagu Hati Hati itu juga memaklumkan dia tidak mengalami alahan sepanjang mengandung.

“Soal jantina, saya tidak kisah asalkan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan urusan bersalin nanti dipermudahkan.

Terdahulu, penampilan dan fizikal bentum badan Amira menjadi tumpuan ramai apabila didakwa jelas menunjukkan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah acara.

Sekadar info, Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.

Scroll to Top