Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya, Isnin ini.
Menurut laporan Kosmo, Rafizi berkata notis tersebut diterima sekitar jam 3 petang, dengan sesi rakaman percakapan dijadualkan pada pukul 10 pagi.
Siasatan berkenaan Projek ARM Holdings

Rafizi menjelaskan bahawa siasatan berkenaan berkait dengan usaha sama kerajaan bersama syarikat teknologi global, ARM Holdings.
Kes menjurus kepada sama ada saya mendesak Jemaah Menteri untuk menandatangani secara tergesa-gesa.
Beliau turut mendakwa siasatan itu tercetus susulan laporan sebuah NGO pada Februari lalu yang mempersoalkan perjanjian tersebut.
“Tiada unsur kewangan” – Rafizi Ramli

Dalam masa sama, Rafizi menegaskan bahawa kes ini tidak melibatkan unsur kewangan, namun beliau tidak menolak kemungkinan berdepan pertuduhan berkaitan pecah amanah.
Saya telah bersedia dengan pasukan peguam-peguam saya.
Tambah beliau, usaha sama dengan ARM masih diteruskan seperti biasa.
Rafizi turut menyifatkan siasatan ini sebagai peringatan penting kepada ahli politik dan penjawat awam mengenai risiko undang-undang dalam membuat keputusan dasar.
Pssttt! Dalam membuat keputusan besar, ketelusan dan akauntabiliti adalah kunci. Setiap tindakan pasti ada tanggungjawabnya.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




