Dua wanita maut nahas di Jalan Mersing

Dua wanita maut nahas di Jalan Mersing

am@hmetro.com.my

Kota Tinggi: Dua wanita maut, seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 71 Jalan Mersing menghala Kota Tinggi, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Saiful Afiz Sidek berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 4.54 petang, sebelum 11 anggota dikerah ke lokasi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) didapati kemalangan membabitkan Proton Persona dan Perodua Bezza.

“Terdapat tiga mangsa di dalam Proton Persona, dengan dua daripadanya meninggal dunia manakala lelaki berusia 56 tahun cedera.

“Pemandu Perodua Bezza juga dilaporkan cedera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, PKO bertindak mengeluarkan semua mangsa yang tidak tersepit dan mangsa cedera diberi rawatan awal oleh petugas kesihatan.

Sementara itu mangsa meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada 6.25 petang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top