Aksi spontan Prabowo buka baju atas pentas

Aksi spontan Prabowo buka baju atas pentas
Aksi spontan Prabowo buka baju atas pentas

Aksi bersahaja Prabowo mencuri tumpuan ramai ketika beliau meraikan golongan buruh yang berhimpun di Monas pada Jumaat. Foto Agensi

JAKARTA – Aksi luar biasa Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ketika menghadiri sambutan Hari Buruh di Monumen Nasional (Monas) di ibu kota pada Jumaat meraih perhatian ramai.

Pengerusi Parti Gerindra itu menunjukkan sisi berbeza apabila beliau mempersembahkan tarian gaya silat mengikut alunan lagu berjudul ‘Percayalah Padaku’ dendangan kumpulan Tipe-X.

Lebih mengejutkan, bekas Menteri Pertahanan itu secara spontan menanggalkan baju yang dipakainya lalu melemparkannya kepada orang ramai yang turut memeriahkan Fiesta Hari Buruh anjuran Parti Buruh tersebut.

Ketika meninggalkan pentas, Presiden Kelapan Indonesia itu dilihat hanya memakai baju dalam berwarna hitam dan bersalaman dengan orang ramai ketika menuju ke kenderaan rasminya, Garuda Maung.

Prabowo kemudiannya melemparkan kemeja T kepada orang ramai ketika kenderaan itu beredar dari lokasi dan wakilnya turut mengagihkan barangan asas di Monas termasuk lima kilogram beras, minyak, susu segara, kopi serta teh. – Agensi

Scroll to Top