Wanita Nekad Terjun Dari Kereta E-Hailing Bergerak Angkara Kelakuan Pemandu! | Trending – Oh! Media

Wanita Nekad Terjun Dari Kereta E-Hailing Bergerak Angkara Kelakuan Pemandu! | Trending – Oh! Media

Trending

Wanita terjun dari kereta e-hailing di Klang kerana cemas.


Seorang pemandu e-hailing berdepan detik mencemaskan apabila penumpang wanita bertindak terjun dari kenderaan yang sedang bergerak berhampiran Taman Eng Ann, Klang, pagi semalam.

Menurut laporan Harian Metro, wanita tempatan berusia 25 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Wanita dakwa rasa tak selamat dalam kereta

Remaja

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, kejadian berlaku ketika pemandu lelaki berusia 47 tahun itu sedang menghantar dua penumpang.

Secara tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita telah bertindak membuka pintu bahagian kanan belakang lalu terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak.

Siasatan awal mendapati wanita itu bertindak kerana cemas, selepas mendakwa pemandu tersebut memerhatikannya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab jelas.

Pemandu e-hailing terus hentikan kereta, mangsa dibantu

Polis

Selepas kejadian, pemandu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati mangsa cedera ringan.

Dengan bantuan seorang penunggang motosikal, wanita itu kemudian dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu turut membuat laporan polis sebagai langkah perlindungan diri.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan.

Pihak polis juga sedang mengesan penumpang wanita terbabit bagi melengkapkan siasatan.

Terdahulu, rakaman dashcam tular menunjukkan wanita itu membuka pintu dan keluar dari kenderaan sebelum rakannya turut turun untuk membantu.

Pssttt! Keselamatan itu penting, tapi tindakan panik juga boleh membahayakan nyawa. Jika rasa tidak selamat, cari cara yang lebih selamat untuk bertindak.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top