am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Siasatan polis masih mengekalkan 61 kesan tikaman pada mangsa bunuh membabitkan penuntut Kolej Poly-Tech MARA, tengah malam Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, hasil proses bedah siasat yang dibuat itu bagaimanapun tidak termasuk kesan calar dan luka kecil sekali gus menepis dakwaan yang mengatakan sebanyak 105 kesan tikaman pada remaja perempuan berusia 19 tahun itu.
“Hasil bedah siasat yang dibuat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu kepada bahagian kanan badan.
“Ia tidak termasuk kesan calar atau luka kecil yang ada dan kita kekal dengan 61 kesan tikaman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sebelum ini ada dakwaan yang tersebar dalam media sosial yang mengatakan terdapat 105 kesan tikaman di tubuh mangsa dan bukannya 61 seperti yang dilaporkan media rasmi.
Media sebelum ini melaporkan mayat Nurfisya Zulkifly, 19, ditemukan orang ramai pada jam 12.30 tengah malam di Kampung Simah, Ketereh dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam.
Mangsa yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu maut tikaman berganda di bahagian dada.
Susulan itu, dua remaja lelaki berusia 19 tahun serta sepasang suami isteri warga emas ditahan bagi membantu siasatan dengan tempoh reman masing-masing selama tujuh dan tiga hari.
Mengulas lanjut, Mohd Azmir berkata, pihaknya masih mengenalpasti motif sebenar pembunuhan dan tiada tangkapan baru setakat ini.
“Motif sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan belum lagi selesai terhadap semua suspek.
“Setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat,” katanya.
Berita berkaitan
Gadis ditikam 61 kali: Polis tahan 3 lelaki dan wanita warga emas, rampas pisau
Gadis ditikam 61 kali: 4 suspek termasuk wanita warga emas tiba ke mahkamah untuk permohonan reman
Gadis ditikam 61 kali, polis tahan 2 lelaki
Hanya tahu adik maut ditikam 61 kali selepas baca berita – Abang
Mangsa tikam 61 kali adalah penuntut kolej, berasal dari Perak
Rantai ‘SYAA’ pada leher wanita dipercayai dibunuh dengan 61 tikaman
‘Banyak kecederaan di muka dan leher mangsa, mungkin ada kaitan jenayah’
Mayat wanita berlumuran darah dengan kesan tikaman ditemukan di Ketereh
© New Straits Times Press (M) Bhd




