Polis Nafikan Sesuatu Dan Dedah Hasil Bedah Siasat Mengenai Penuntut Kolej Yang Maut | Trending – Oh! Media

Polis Nafikan Sesuatu Dan Dedah Hasil Bedah Siasat Mengenai Penuntut Kolej Yang Maut | Trending – Oh! Media

Trending

Polis sahkan mangsa bunuh pelajar 19 tahun alami 61 tikaman, bukan 105.


Kes pembunuhan tragis melibatkan penuntut Kolej Poly-Tech MARA terus menjadi perhatian apabila polis mengesahkan mangsa mengalami 61 kesan tikaman, bukan 105 seperti yang tular di media sosial.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri mendedahkan mengenai hasil bedah siasat.

Hasil bedah siasat yang dibuat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu kepada bahagian kanan badan.

Tidak termasuk luka kecil dan calar

Simbah Minyak Panas

Menurut beliau lagi, jumlah tersebut tidak termasuk kesan calar atau luka kecil, sekali gus menepis dakwaan liar yang tersebar sebelum ini.

Ia tidak termasuk kesan calar atau luka kecil yang ada dan kita kekal dengan 61 kesan tikaman.

Penuntut kolej ditemui berlumuran darah

Pelajar Kolej

Terdahulu, mangsa dikenali sebagai Nurfisya Zulkifly ditemukan orang ramai sekitar jam 12.30 tengah malam di Kampung Simah, Ketereh.

Mangsa yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu disahkan maut akibat tikaman berganda di bahagian dada, dalam keadaan berlumuran darah.

Susulan kejadian, dua lelaki berusia 19 tahun serta sepasang suami isteri warga emas telah ditahan bagi membantu siasatan.

Namun sehingga kini, polis memaklumkan motif sebenar pembunuhan masih belum dikenal pasti.

Motif sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan belum lagi selesai terhadap semua suspek. Setakat ini tiada tangkapan baru dibuat.

Pssttt! Jangan mudah percaya angka atau info tular tanpa pengesahan. Dalam kes serius, fakta tepat sangat penting untuk elak salah faham dan spekulasi.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top