Mayat Nur Qaseh selesai dibedah siasat, kebumi di Sungai Long

Mayat Nur Qaseh selesai dibedah siasat, kebumi di Sungai Long

am@hmetro.com.my

Kajang: Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, kanak-kanak perempuan yang ditemui lemas selepas jatuh longkang di Bandar Mahkota Cheras, di sini selesai menjalani proses bedah siasat, petang tadi.

Proses itu yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Kajang, di sini berakhir pada 3.47 petang.

Jenazah Nur Qaseh Deandra, 9, kemudian dimandi dan dikafankan sebelum dibawa ke Masjid Taman Rakan untuk disolatkan serta dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long, di sini.

Terdahulu, kanak-kanak itu yang hilang sejak kelmarin, ditemui pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Sungai Langat pada 12.17 tengah hari.

Ketua Zon Hulu Langat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Syariman Wan Saleh dilaporkan berkata, mangsa ditemui kira-kira 11 kilometer (km) dari lokasi kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh.

Datuk reda kehilangan Qaseh, penantian sudah berakhir

Ibu sebak tunggu nasib Nur Qaseh

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top