Syed Saddiq, Bella Astillah Nikah Sebelum Akhir Tahun Ini

Syed Saddiq, Bella Astillah Nikah Sebelum Akhir Tahun Ini

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata proes persiapan majis perkahwinannya dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah berjalan dengan lancar.

Memetik Harian Metro, Saddiq berkata dia mahu persiapan perkahwinan mereka berjalan lancar dan majlis pernikahan akan berlangsung sebelum akhir tahun ini.

BACA: “Bella Betul-Betul Dihargai…Sedap Sangat Laksa Bella, Sampai Mama YB Puji” – Netizen

“Bukan setakat soal kegembiraan peribadi, tetapi tanggungjawab sebagai suami dan bapa. “Alhamdulillah semua berjalan dengan baik seperti yang saya katakan sebelum ini. Saya nak pastikan bahawa Bella dan keluarganya gembira.

“Bella adalah tunang saya dan untuk itu saya mahu pastikan semuanya berjalan lancar. Insya-Allah sebelum akhir tahun ini (kahwin),” katnaya.

Menurut Saddiq lagi, meskipun masing-masing sibuk dengan komitment kerja namun perancangan majlis perkahwinan tetap diteruskan.

“Kami pun ada komitmen kerja masing-masing, saya di Parlimen dan kawasan saya di Muar, manakala Bella pun ada urusannya.

“Tetapi di sebalik jadual yang sibuk, kami tetap meneruskan perancangan untuk majlis perkahwinan. Insya-Allah sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Saddiq berkata dia berjanji akan kongsikan berita gembira mengenai tarikh pernikahan mereka apabila tiba waktunya.

“Majlis tunang dan nikah ini bukan untuk disembunyikan. Bila tiba masanya, jangan risau kami akan kongsi,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top