Belum Ada Diagnosis Tepat, Shahida Akui Tak Tenang Fikir Keadaan Qadejah – “Kalau Betul Sakit Macam Itu, Saya Sanggup Derma Tulang Sumsum”

Belum Ada Diagnosis Tepat, Shahida Akui Tak Tenang Fikir Keadaan Qadejah – “Kalau Betul Sakit Macam Itu, Saya Sanggup Derma Tulang Sumsum”

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida masih berdebar menantikan jawapan pasti mengenai keadaan kesihatan anaknya, Qadejah El Zahrah yang sebelum ini dimasukkan ke hospital.

Menerusi perkongsian dalam siaran langsung di TikTok, Shahida mendedahkan sehingga kini doktor masih belum dapat mengesahkan diagnosis sebenar, sebaliknya sedang meneliti beberapa kemungkinan berdasarkan keputusan awal pemeriksaan.

Menurutnya, antara kebarangkalian yang dipertimbangkan termasuk jangkitan biasa, penyakit autoimun, selain penyakit serius seperti leukemia dan talasemia.

“Sampai sekarang belum ada jawapan tepat. Doktor ada sebut beberapa kemungkinan, paling ringan infeksi, kemudian autoimun, dan ada juga kemungkinan leukemia serta talasemia.

“Tapi selepas pemeriksaan lanjut, platelet dia memang rendah, namun darah putih masih baik. Doktor kata itu bukan leukemia, jadi saya agak lega di situ,” katanya.

Dalam masa sama, Shahida tidak menafikan perasaannya yang bercampur baur sehingga terfikir perkara paling buruk, malah sanggup melakukan apa sahaja demi kesembuhan anaknya.

“Saya ini jenis banyak fikir. Saya dah bayangkan macam-macam, kalau betul anak saya sakit macam itu, saya sanggup dermakan tulang sumsum.

“Memang tak tenang, sampai tahap itu saya risau,” luahnya.

@anis.pana

♬ original sound – Pana – Pana

Tambah Shahida, setakat ini doktor memfokuskan kepada tiga kemungkinan utama iaitu jangkitan, autoimun atau anemia, memandangkan bacaan darah anaknya yang luar biasa dan sensitif.

“Doktor kata antara tiga itu sahaja. Bacaan darah dia sangat sensitif, sampai 0.01 yang jarang berlaku.

“Sebab itu perlu tengok bawah mikroskop untuk dapatkan keputusan tepat, jadi ambil masa,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, Qadejah sudah dibenarkan pulang ke rumah dan kini sedang berehat.

Terdahulu, Qadejah dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada serta mengalami kesukaran bernafas.

Artikel Berkaitan: Mengadu Sakit Dada & Susah Bernafas, Qadejah Dikejarkan Ke Hospital… Shahida Mohon Doa Ramai – “Platelet Darah Dia Rendah”

Scroll to Top