Pelakon Liyana Jasmay kecewa dengan segelintir komen negatif yang ditinggalkan berhubung kes membabitkan seorang pelajar baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Threads, Liyana berkata komen tersebut seolah menyalahkan mangsa dan para wanita.
BACA: “Dah Tua, Tak Sesuai” – Netizen Tegur Liyana Jasmay Pakai Skirt Pendek

“Sakit hati baca komen lelaki pasal kes Nurfisya. Nak bagi ingatan la, jangan mainkan hati lelaki, lelaki boleh jadi gila, jangan menempah maut
“You siapa nak kawal-kawal anak perempuan orang. Bayangkan benda ni terjadi kepada perempuan dalam ahli keluarga awak? mampu ke nak cakap macam tu?” tulisnya.
Sementara itu, Liyana turut menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai anak lelaki untuk mendidik agar tidak menyakiti wanita serta tidak menjadi pembunuh.
“Hentikan pembunuhan terhadap wanita! Yang ada anak lelaki, tolong ajar mereka Jangan biarkan anak-anak lelaki jadi seorang pembunuh,” katanya.



