Nubhan Sedia Tarik Balik Kes Jika Dr Fie Mohon Maaf

Nubhan Sedia Tarik Balik Kes Jika Dr Fie Mohon Maaf

Penyanyi Nubhan berkata dia sedia untuk menarik balik kes pelanggaran perintah mahkamah jika ada permohonan maaf dibuat oleh bekas isterinya, Dr Fie.

Memetik BH Online, Nubhan berkata tindakan itu diambil selepas tidak tahan dengan fitnah diterima serta mahu membersihkan namanya.

BACA: “Saya Pun Tak Tahu Kenapa Nubhan Buat Macam Ni” – Nubhan Fail Komital Terhadap Bekas Isteri

“Kalau dia minta maaf, saya tiada masalah untuk memaafkan dan saya juga tiada masalah untuk tidak meneruskan kes itu.

“Nak diikutkan saya pun ada banyak perkara yang mahu diluahkan, tetapi kenapa perlu saya buat begitu sehingga menimbulkan perkara yang tidak baik?

“Saya masih hormati dia sebagai bekas isteri dan tidak akan sekali-kali memburukkan atau mengaibkan dia,” katanya.

Menurut Nubhan, banyak dakwaan dan fitnah diterima selepas perceraian dan sebelum ini dia berdiam diri kerana mahu menggunakan saluran yang betul untuk bersihkan namanya.

“Saya rasa terlalu banyak fitnah berlaku sebelum ini hingga menimbulkan kebencian terhadap saya. Jadi saya tidak mahu menggunakan saluran yang tidak betul.

“Kita ada undang-undang dan saluran yang tepat untuk membuat pengadilan. Saya guna saluran ini untuk mempertahankan dan membersihkan nama saya,” katanya.

Terdahulu, Nubhan mendakwa berlaku tiga pelanggaran terhadap perintah mahkamah melibatkan bekas isterinya itu. 

Pelanggaran perintah tersebut sebelum ini dipersetujui dan terma perintah itu juga dicadangkan sendiri oleh oleh pihak defenden.

Sumber: BH Online


Scroll to Top