Trending
Lelaki dipenjara 14 tahun kes pukul isteri bakal didakwa lagi, kali ini libatkan isteri baru hingga keguguran.
Peguam, Kamal Hisham Ja’afar akhirnya membuat keputusan untuk menarik diri daripada terus mewakili Rosmaini Abdul Raof dalam mana-mana prosiding akan datang.
BACA: “Dia Ni Tak Kosong, Memang Pemakai” – Bekas Abang Ipar Buat Hal Lagi, Adik Jahidah Bersuara
Memetik laporan Sinar Harian, Kamal Hisham berkata, sebelum ini beliau menerima pelbagai kecaman daripada masyarakat yang salah faham terhadap peranannya sebagai peguam dalam kes tersebut.
Peguam mewakili Rosmaini selepas isteri pertama dan anak-anak merayu

Katanya, beliau mewakili Rosmaini secara percuma iaitu ‘pro bono’, selepas isteri pertama dan anak-anaknya merayu meminta pertolongan.
Sebelum ini, atas dasar profesionalisme selaku seorang peguam, saya akur untuk membela Rosmaini sehingga ke peringkat terakhir di Mahkamah Rayuan namun perkara itu disalahtafsir oleh masyarakat sehingga sanggup memburukkan barisan peguam.
Namun disebabkan kecaman sehingga ada yang memburukkan imej barisan peguam, Kamal Hisham tidak lagi mewakili Rosmaini termasuk kes-kes lain pada masa hadapan.
Perkongsian penuh:
Beliau turut memaklumkan bahawa Rosmaini kini ditahan di Penjara Kajang dan akan dibawa ke Kedah dalam masa terdekat bagi menghadapi satu lagi pertuduhan baharu.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan telah menaikkan hukuman penjara terhadap Rosmaini daripada 10 tahun kepada 14 tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh membayar pampasan sebanyak RM25,000 kepada mangsa, Jahidah, melalui wakil keluarga yang menjaganya.
Sekiranya gagal berbuat demikian, dia boleh dikenakan tambahan hukuman penjara selama enam bulan.
Menurut peguam, walaupun menerima keputusan itu dengan hati terbuka, Rosmaini dilaporkan masih menafikan kesalahan mencederakan bekas isterinya dan tidak akan memfailkan semakan ke Mahkamah Persekutuan.
Pssttt! Kes seperti ini memang menyentuh emosi dan membuka mata ramai tentang keganasan rumah tangga yang masih berlaku. Harapnya, keadilan terus ditegakkan dan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya. Dalam masa sama, masyarakat juga perlu lebih peka dan berani tampil membantu jika berlaku situasi sebegini di sekeliling kita.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




