Eksport Misai Kucing ke Korea meningkat dua kali ganda

Eksport Misai Kucing ke Korea meningkat dua kali ganda

BIOALPHA Holdings Berhadterus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain global dalam sektor pembuatan produk kesihatan berasaskan OEM, ODM dan CDMO apabila syarikat itu merekodkan pertumbuhan memberangsangkan dalam operasi penanaman serta eksport herba Misai Kucing ke pasaran antarabangsa, khususnya Korea Selatan.

Syarikat tersenarai awam itu memaklumkan, kapasiti eksport tahunan Misai Kucing kini mencecah kira-kira 10 tan metrik (MT) dan dijangka meningkat kepada 20MT dalam tempoh dua tahun akan datang susulan pertumbuhan permintaan global terhadap produk kesihatan berasaskan herba tropika.

Pertumbuhan tersebut didorong oleh model rantaian bekalan bersepadu Bioalpha yang merangkumi keseluruhan proses daripada penanaman sehingga penghasilan produk siap, selain pematuhan ketat terhadap piawaian pensijilan halal dan standard pengeluaran antarabangsa.

Pengarah Eksekutif Bioalpha, Joe Ang berkata, syarikat itu kini memberi tumpuan kepada pembangunan formulasi eksklusif dan sokongan teknikal menyeluruh bagi membantu rakan niaga antarabangsa memperkukuh strategi kemasukan produk ke pasaran.

Menurut beliau, Bioalpha telah membangunkan lebih 500 formulasi eksklusif sepanjang lebih 20 tahun penglibatan dalam sektor pembuatan ODM dan produk kesihatan.

Bagi tanaman Misai Kucing, syarikat itu memulakan penanaman secara piawai sejak 2012 sebelum mengembangkan aktiviti eksport antarabangsa pada 2018.

Bagi tanaman Misai Kucing, syarikat itu memulakan penanaman secara piawai sejak 2012 sebelum mengembangkan aktiviti eksport antarabangsa pada 2018.

“Kami bukan sekadar menyediakan perkhidmatan pembuatan, tetapi turut menawarkan analisis pasaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta sokongan teknikal untuk memastikan produk yang dihasilkan memenuhi keperluan pengguna global,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam usaha memperkukuh kawalan kualiti bahan mentah, Bioalpha mengendalikan operasi penanaman sendiri bagi herba utama termasuk Misai Kucing, Tongkat Ali dan Soursop.

Bagi tanaman Misai Kucing, syarikat itu memulakan penanaman secara piawai sejak 2012 sebelum mengembangkan aktiviti eksport antarabangsa pada 2018.

Keseluruhan tanaman Misai Kucing Bioalpha kini diusahakan sendiri dan diperakui di bawah Malaysian Good Agricultural Practices (MYGAP).

Bioalpha turut mengusahakan kawasan penanaman khusus seluas kira-kira 100 ekar melibatkan 30 ekar di Pasir Raja dan 70 ekar di Desaru bagi memastikan bekalan bahan mentah yang stabil, berkualiti tinggi dan boleh dijejaki.

Pasaran Korea Selatan dilihat menjadi pemacu utama pertumbuhan eksport syarikat apabila Bioalpha menjalinkan kerjasama secara langsung dengan beberapa pemilik jenama utama negara itu menerusi perjanjian kerahsiaan (NDA), selain bertindak sebagai pembekal utama bahan mentah dan produk siap.

Dalam masa sama, syarikat itu optimis permintaan terhadap produk nutraseutikal halal dan berasaskan herba akan terus berkembang, sejajar peningkatan kesedaran pengguna global terhadap kesihatan dan kesejahteraan.

Sebagai rekod, Bioalpha Holdings Berhad merupakan syarikat pembuatan produk nutraseutikal dan kesihatan berpangkalan di Malaysia yang menyediakan penyelesaian bersepadu merangkumi pembangunan produk, pembuatan dan pengkomersialan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa

Scroll to Top