Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama

Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama
Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama

Mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang serantau.

KUALA LUMPUR, – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelabur kekal berhati-hati susulan peningkatan semula ketegangan konflik di Asia Barat yang menjejaskan harapan terhadap perjanjian damai antara AS dan Iran.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 3.9100/9200 berbanding dolar AS daripada 3.9070/9115 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) mendatar pada kira-kira 98 mata berikutan peserta pasaran menunggu data pekerjaan AS yang terkini dikeluarkan.

Sementara itu, katanya ringgit ditutup tinggi 0.42 peratus berbanding dolar AS kepada RM3.9093 semalam selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 2.75 peratus.

“Mereka kekal yakin bahawa asas ekonomi yang kukuh dan dasar ekonomi yang baik akan membantu ekonomi negara mengekalkan momentum pertumbuhannya.

“Oleh itu, OPR yang stabil akan bersifat positif kepada ringgit. Sehubungan itu, mata wang tempatan dijangka kekal pada RM3.90 berbanding dolar AS hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.5872/5989 daripada 4.5978/6031 semasa ditutup pada Khamis, meningkat berbanding pound kepada 5.3004/3140 daripada 5.3202/3263 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.4925/4990 daripada 2.4982/5013 semalam.

Mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0807/0890 daripada 3.0861/0901 semasa ditutup pada Khamis dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1098/1479 daripada 12.1486/1687 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 225.5/226.2 daripada 225.4/225 dan berubah sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.47/4/6.49 daripada 6.46/6.48 sebelum ini. – Bernama 

 

 

 

Scroll to Top