
Indonesia melaporkan dua kes disyaki hantavirus di Jakarta dan Yogyakarta. Foto hiasan
JAKARTA – Di tengah kebimbangan mengenai penularan yang dikaitkan dengan kapal persiaran MV Hondius, Indonesia melaporkan dua kes disyaki hantavirus di Jakarta dan Yogyakarta, menurut kementerian kesihatan negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.
“Dua kes disyaki kini sedang menjalani pengesahan,” kata Ketua Biro Komunikasi dan Maklumat Awam kementerian itu, Aji Muhawarman.
Indonesia merekodkan 23 kes disahkan antara 2024 hingga 2026 dengan tiga kematian, katanya.
Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin berkata, kerajaan telah berkoordinasi dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memperkukuh saringan dan pengesanan awal.- Bernama-Xinhua



