Berang isteri dikutuk, datuk bandar pecat semua anggota polis

Berang isteri dikutuk, datuk bandar pecat semua anggota polis
Berang isteri dikutuk, datuk bandar pecat semua anggota polis

Seorang datuk bandar di Georgia, Amerika Syarikat bertindak drastik apabila membubarkan jabatan polis di kawasannya serta menamatkan perkhidmatan semua anggotanya selepas didakwa berang dengan komen yang ditujukan kepada isterinya

TBILISI – Seorang datuk bandar di Georgia, Amerika Syarikat bertindak drastik apabila membubarkan jabatan polis di kawasannya serta menamatkan perkhidmatan semua anggotanya selepas didakwa berang dengan komen yang ditujukan kepada isterinya di Facebook, lapor New York Post.

Datuk Bandar Cohutta, Ron Shinnick dilaporkan menutup Jabatan Polis Cohutta pada awal minggu ini, sekali gus menyebabkan 10 anggota dan pegawai polis kehilangan pekerjaan.

Menurut satu notis yang dipaparkan pada pintu jabatan berkenaan, Jabatan Polis Cohutta telah dibubarkan dan semua kakitangannya ditamatkan perkhidmatan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada anggota polis terbabit dimaklumkan lebih awal mengenai keputusan itu atau hanya mengetahuinya selepas hadir ke tempat kerja.

Tindakan tersebut dipercayai berlaku selepas beberapa pegawai polis memfailkan aduan rasmi terhadap isteri Ron, Pam Shinnick, yang juga bekas kerani di pekan berkenaan.

Shinnick sebelum ini ditamatkan perkhidmatannya pada tahun lalu susulan dakwaan bahawa beliau mewujudkan suasana kerja yang toksik.

Susulan aduan rasmi itu, Ron mengadakan sidang akhbar bersama Ketua Polis Cohutta, Greg Fowler, dan seorang peguam, Brian Rayburn, bagi memaklumkan bahawa pertikaian tersebut telah diselesaikan menerusi dialog terbuka.

Namun, kira-kira seminggu selepas sidang akhbar tersebut, semua pegawai polis berkenaan dilaporkan dipecat. – AGENSI

Scroll to Top