Dr Asyraf Wajdi Dedah Isi Rumah Gaji RM13,000 Pun Boleh Jatuh M40 Di Bandar

Dr Asyraf Wajdi Dedah Isi Rumah Gaji RM13,000 Pun Boleh Jatuh M40 Di Bandar

Oh! Negara

Dr Asyraf Wajdi mohon berhati-hati tafsir kategori T20 atau M40.


Ramai sangka bila pendapatan isi rumah cecah RM13,000, kehidupan pasti selesa dan sudah tergolong dalam kelompok berada.

Namun menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, realiti sebenar terutama di bandar besar jauh berbeza.

Kos sara hidup bandar besar semakin menekan

Perkongsian beliau di Facebook kini mendapat perhatian ramai apabila menjelaskan bahawa pendapatan tinggi belum tentu menggambarkan kemampuan sebenar sesebuah keluarga.

Dalam hantaran tersebut, Dr Asyraf menasihatkan supaya tidak terlalu cepat menilai kategori T20, M40 atau B40 hanya berdasarkan jumlah pendapatan kasar.

Menurut beliau, faktor lokasi tempat tinggal, jumlah tanggungan serta kos pendidikan anak-anak memainkan peranan besar dalam menentukan kedudukan kewangan sebenar sesebuah keluarga.

Pasangan guru dijadikan contoh

Stress

Dr Asyraf turut memberikan contoh pasangan suami isteri yang kedua-duanya bekerja sebagai guru dengan pendapatan RM6,500 setiap seorang.

Contohnya apabila pasangan kedua-duanya guru dengan gaji RM6,500. Bila digabungkan menjadi pendapatan isi rumah RM13,000 tinggal di bandar-bandar besar, anak 3 orang universiti atau kolej, 3 lagi anak bersekolah. Cuba kira perbelanjaan mereka?

Perkongsian itu menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa kos sara hidup ketika ini semakin membebankan terutama bagi keluarga besar di kawasan bandar.

Ada juga yang menyifatkan penilaian kategori pendapatan sepatutnya mengambil kira komitmen bulanan dan bukannya berdasarkan angka gaji semata-mata.

Pssttt! Hakikatnya ramai rakyat sekarang sedang berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi walaupun mempunyai pendapatan yang nampak besar di atas kertas. Sebab itu penting untuk memahami situasi sebenar seseorang sebelum membuat penilaian tentang status kewangan mereka.

Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top