Saya bertuah kerana memiliki Aiman – Zahirah Macwilson

Saya bertuah kerana memiliki Aiman – Zahirah Macwilson

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zahirah Macwilson, 31, meluahkan rasa syukur kerana memiliki suami yang sedia menjadi sandaran bagi melepaskan trauma dan kesedihan.

Menurutnya, keadaan itu baik bagi mereka yang berdepan trauma berpanjangan.

“Semua orang ada trauma, termasuk saya. Dulu saya jenis manusia yang simpan apa yang saya lalui.

“Sebenarnya, perilaku itu tidak baik kerana ia akan memberi kesan kepada diri dan pekerjaan kita.

“Saya bertuah kerana memiliki sokongan yang baik lebih-lebih lagi daripada suami saya.

“Saya berasa selesa bercerita dengan dia dan pada masa yang sama, saya dekatkan diri dengan agama,” katanya.

Zahirah berkata demikian pada sidang media Good Boys Go To Heaven baru-baru ini.

Bercakap tentang karakter di dalam drama tersebut, Zahirah lega kerana tidak berada dalam kedudukan yang dilalui watak dilakonkannya.

“Karakter yang luar biasa, dan pada masa yang sama ia sangat dekat dengan saya sebagai ibu.

“Tapi saya sangat bersyukur kerana tidak berada di dalam keadaan itu. Ia sangat emosional,” katanya.

Scroll to Top