“Dunia Ni Kejam Bro, Orang Gemuk Patut Masuk Penjara” – Johan Ghazali

“Dunia Ni Kejam Bro, Orang Gemuk Patut Masuk Penjara” – Johan Ghazali

Trending

Johan Ghazali kongsi pandangan tentang obesiti dan tegur individu yang tidak menjaga kesihatan diri.


Pendapat peribadi jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali mengenai orang berbadan besar atau obesiti mengundang perhatian ramai.

Menerusi hantaran di Instagram, Johan atau lebih mesra disapa Jojo berkata, dia kurang gemar melihat orang gemuk yang tidak mencuba untuk menjaga kesihatan diri.

Jojo tak suka orang gemuk yang tak sedar diri

Menurut atlet berusia 19 tahun itu, pandangannya bukan sekadar ditujukan kepada bentuk badan seseorang, sebaliknya lebih kepada sikap individu yang tidak berusaha menjaga kesihatan diri.

Menurut Jojo, dia sangat menghormati orang gemuk yang sedar mengenai kondisi diri dan bertekad untuk mengurangkan berat badan.

Aku tak berapa suka dengan orang gemuk. Sebelum kalian nak marah dengar dulu penjelasan saya. Saya memang tak suka dengan orang gemuk atau yang tidak sihat.

Namun, dia tidak suka dengan orang gemuk yang tidak mengambil kisah langsung mengenai diri sendiri meskipun sedar dirinya tidak sihat.

Jojo Ghazali

Jojo juga secara jujur mengakui akan menghukum apabila melihat orang gemuk. Baginya, orang gemuk yang tiada usaha untuk berubah dianggap sebagai pemalas dan tidak bertanggungjawab.

Dunia ini kejam dengan orang gemuk. Setiap kali lihat orang gemuk, saya akan kata diri mereka pemalas. Mereka tidak berdisiplin dan tidak tahu kawal diri mereka, saya pasti akan menilai.

Jojo berkata, Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar obesiti yang tinggi.

Pssttt! Isu kesihatan memang penting untuk diberi perhatian, lebih-lebih lagi apabila ia berkait dengan gaya hidup seharian. Namun dalam masa sama, cara menegur juga memainkan peranan besar supaya mesej yang ingin disampaikan tidak disalah tafsir atau melukakan hati orang lain.

Kredit: Instagram Johan Ghazali
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top