Gempa bumi 4.6 skala Richter berhampiran ibu negara Iran

Gempa bumi 4.6 skala Richter berhampiran ibu negara Iran
Gempa bumi 4.6 skala Richter berhampiran ibu negara Iran

Gempa bumi berukuran 4.6 skala Richter melanda Iran berhampiran Pardis di timur Tehran dengan gegaran turut dirasai di wilayah Mazandaran. – Foto: Agensi

ISTANBUL – Gempa bumi berukuran 4.6 pada skala Richter melanda Iran berhampiran bandar Pardis di timur Tehran lewat Selasa, menurut Pusat Seismologi Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Pusat itu dalam laporan awal memaklumkan gempa berkenaan berlaku pada 2016 GMT pada kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa dikenal pasti berhampiran sempadan wilayah Tehran-Mazandaran, kira-kira 41 kilometer dari Tehran dan 77 kilometer dari Karaj.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar termasuk bahagian timur wilayah Tehran dan bandar berhampiran di wilayah Mazandaran.

Setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan. – Bernama

 

 

Scroll to Top