Daging Korban Baru Sampai Jangan Terus Masak, Ustaz Syamsul Debat Kongsi Sebabnya

Daging Korban Baru Sampai Jangan Terus Masak, Ustaz Syamsul Debat Kongsi Sebabnya

Oh! Islam

Ustaz Syamsul Debat kongsi cara simpan daging korban dalam chiller sebelum dimasak.


Bila daging korban baru sampai depan pintu rumah, ramai yang terus terfikir nak masak segera sebab rasa ia masih segar dan lebih sedap dimakan.

Namun, menerusi satu perkongsian di TikTok, penceramah bebas Ustaz Syamsul Debat menjelaskan bahawa daging korban sebaiknya tidak terus dimasak begitu sahaja selepas diterima.

Ustaz Syamsul Debat saran simpan daging korban dalam chiller

Menurut Ustaz Syamsul, daging yang baru selesai proses korban dan sembelihan perlu melalui langkah pembersihan serta penyimpanan yang betul sebelum dimasak.

Beliau berkata, daging korban yang sampai ke rumah perlu dicuci terlebih dahulu, dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan disimpan di bahagian chiller, bukannya di ruang beku.

Berdasarkan penjelasan itu, tempoh tujuh jam tersebut penting bagi memberi ruang kepada darah dalam daging turun terlebih dahulu sebelum ia dicuci semula.

Selepas melalui proses tersebut, barulah daging itu lebih sesuai untuk dimasak dan dimakan.

Daging Korban Sihat

Dalam masa sama, Ustaz Syamsul turut menegur sikap segelintir masyarakat yang terlalu cepat mahu memasak daging korban kerana menyangka daging yang baru diterima itu lebih segar dan lebih baik.

Sedangkan tanpa proses penyimpanan yang betul, masih ada kemungkinan darah dalam daging belum keluar sepenuhnya.

Beliau turut mengaitkan perkara itu dengan pandangan Islam yang menganggap darah sebagai najis, selain menyentuh soal kesihatan sekiranya daging tidak dikendalikan dengan cara yang sepatutnya.

Pssttt! Nasihat Ustaz Syamsul ini bukan sekadar soal rasa daging, tetapi juga berkaitan kebersihan, kesihatan dan cara kita menghormati ibadah korban itu sendiri.

Kredit: TikTok Ustaz Syamsul Debat
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top