NGO lapor polis dakwaan video khianat, aliran dana asing dikait dengan Rafizi

NGO lapor polis dakwaan video khianat, aliran dana asing dikait dengan Rafizi
NGO lapor polis dakwaan video khianat, aliran dana asing dikait dengan Rafizi

SekPur membuat laporan polis berhubung video tular yang dikaitkan dengan Rafizi pada Khamis.

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur) membuat laporan polis berhubung video tular yang dikaitkan dengan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Pengerusi Biro Politik SekPur, Shahbudin Embun berkata, pihaknya mendakwa terdapat pengaliran dana asing melebihi RM1.5 juta daripada organisasi luar negara menerusi sebuah proksi tempatan.

Menurutnya, nama Rafizi didakwa sebagai individu yang didakwa menggunakan dana berkenaan.

“Dana tersebut didakwa digunakan untuk menggerakkan naratif radikal di media sosial dan demonstrasi jalanan atas nama demokrasi serta hak asasi manusia. Tindakan itu dipercayai mempunyai agenda tertentu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Shahbudin turut mendakwa dana perjuangan terbabit disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.

Sehubungan itu Shahbudin berkata, pihaknya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap kesahihan dokumen berkaitan yayasan pendanaan asing tersebut.

Katanya, pihak berkuasa juga diminta menyiasat sama ada terdapat unsur pengkhianatan atau ancaman terhadap keselamatan negara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Artikel Disyorkan

Scroll to Top