Oh! Artis
Ani Maiyuni berharap pembuli anaknya tampil mohon maaf selepas insiden buli tinggalkan trauma mendalam.
Penyanyi Ani Maiyuni berharap individu yang pernah membuli anaknya, Viviana tampil memohon maaf walaupun kejadian itu sudah lama berlaku. Menurut Ani, insiden berkenaan masih meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya dan juga anaknya sehingga ke hari ini.
Lebih menyedihkan apabila keluarga individu yang didakwa terlibat juga memilih untuk berdiam diri walaupun pembuli tersebut dikatakan pernah mengaku kesalahan di hadapan pihak polis. Ohmedia faham, sebagai ibu memang sukar nak lupakan perkara macam ini.
Ani Maiyuni akui hati masih terguris

Ani berkata dia masih berharap pembuli terbabit tampil secara jujur dan mengakui kesalahan mereka. Sebagai seorang ibu, dia mengakui masih terluka apabila mengenangkan apa yang berlaku terhadap anaknya.
Saya sebagai ibu minta anak-anak yang membuli itu jujurlah, datang minta maaf. Cakaplah. Minta maaf, saya tahu saya salah, saya dah sentuh fizikal, saya dah buat macam ini! Datang minta maaf dekat saya.
Bohong kalau saya kata saya dah tak rasa apa-apa. Mungkin saya boleh doakan kerjaya mereka, tapi hati saya masih terguris. Sampai hati kau buat anak aku sampai macam itu.- Katanya.
Sedih lihat pembuli terus berjaya dalam sukan

Menurut Ani lagi, perasaannya menjadi lebih pedih setiap kali melihat individu yang didakwa membuli Viviana terus aktif dan berjaya dalam arena sukan bola jaring.
Saya tengok setiap musim perlawanan itu, saya nampak wajah mereka. Mereka bebas bermain, berkat ke macam itu? Sampai saya cakap kalau Viviana tak kena buli, mungkin dia pun bermain di situ, mungkin itulah tempat dia.- Ujarnya.
Dalam masa sama, Ani menjelaskan dia tidak menuduh semua pihak, sebaliknya hanya individu tertentu yang didakwa terlibat dalam insiden buli tersebut. Katanya, perkara itu dikongsikan Viviana berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri.

Kalau dia nak lawan, nak buka balik kes, silakan. Tapi lapan orang lawan satu, itu apa namanya? Bukan buli? Kalau Viviana ada buat kesalahan, itu ke cara kau menghukum? Sampai hampir hilang nyawa anak aku? Harapnya pembuli-pembuli itu sedarlah.- Luahnya lagi.
Sebelum ini, Viviana berkongsi kisah hitam yang dilaluinya menerusi podcast Kita Kita Aje apabila menjadi mangsa kekerasan beberapa pelajar senior di sekolah.
Pssttt! Buli bukan perkara kecil walaupun dah lama berlalu sebab kesannya boleh kekal sampai bertahun-tahun. Kalau pernah buat salah, mungkin keberanian untuk minta maaf itu boleh jadi langkah pertama untuk pulihkan semula hati yang terluka.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




