KL ‘hilang’ diselubungi jerebu pagi ini

KL ‘hilang’ diselubungi jerebu pagi ini

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur seakan-akan ‘hilang’ apabila jerebu semakin menyelubungi ibu negara dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menghampiri paras 200 pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan data pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Cheras merekodkan 187, manakala Batu Muda 177, sekali gus meletakkan kedua-dua kawasan itu dalam kategori tidak sihat.

Keadaan sama turut berlaku di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang apabila Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan IPU 189, diikuti Shah Alam (179), Petaling Jaya (175), Banting (174) dan Klang (169).

Bacaan tinggi turut direkodkan di Putrajaya iaitu 185.

Sementara itu, Batu Pahat, Johor mencatat bacaan tertinggi setakat ini iaitu 193, diikuti Johan Setia (189) dan Nilai, Negeri Sembilan (188).

Keadaan jerebu yang semakin tebal menyebabkan jarak penglihatan terjejas, terutama pada waktu pagi, selain memberi kesan kepada aktiviti luar.

Orang ramai, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar sekiranya keadaan semakin buruk.-UTUSAN

Scroll to Top