Meluat tengok orang merokok di tempat yang dilarang – Rita Rudaini

Meluat tengok orang merokok di tempat yang dilarang – Rita Rudaini

PETALING JAYA: Pelakon, Rita Rudaini lantang menegur sikap sesetengah individu yang masih mengabaikan larangan merokok di tempat awam terutamanya di restoran.

Menurut Rita, perbuatan itu membuktikan segelintir perokok masih kurang kesedaran sivik meskipun papan larang terpampang besar di sesetengah premis.

“Paling meluat (menyampah) tengok manusia merokok di tempat yang dilarang merokok. Sah-sah kedai makan itu ada tanda ‘no smoking’. Buta mata, buta hati.

“Bila kita perhati, dia nampak kita tengok dia sebab memang meja sebelah saja. Muka poyo tiada akal fikiran yang logik. Orang Melayu kita,” katanya.

Dalam hantaran sama, pelakon filem Mami Jarum itu turut menyifatkan golongan tersebut sebagai individu yang mementingkan diri sendiri kerana tidak peduli akan kesihatan orang lain di tempat awam.

“Orang macam ini sudah tahu perangai dia bagaimana. Tidak fikir orang sekeliling, pentingkan diri,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya bersetuju dengan luahan tersebut, malah kurang senang dengan tindakan perokok yang tidak sensitif untuk merokok berdekatan kanak-kanak.

“Paling sakit hati, paling benci orang tua selamba hisap rokok dalam rumah yang ada budak kecik dalam rumah itu,” komen seorang netizen.

“Majoriti bila di tegur memang kita kena marah balik. Kena jegil balik dengan mereka. Padahal kita datang nak makan, ada anak anak kecil dan ada bayi. Entahlah tak tahu dah nak ajar jenis-jenis ini bagaimana,” komen seorang peminatnya.

Scroll to Top