Ahmad Samsuri galas tanggungjawab Ketua Pembangkang

Ahmad Samsuri galas tanggungjawab Ketua Pembangkang

KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Kemaman yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu.

Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang meletak jawatan.

“Mesyuarat bersetuju melantik Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang,” demikian menurut kenyataan akhbar PN yang turut disiarkan di laman Facebook Ahmad Samsuri. – UTUSAN

Scroll to Top