Isteri Zul Yahya Kongsi Keadaan Terkini Suami

Isteri Zul Yahya Kongsi Keadaan Terkini Suami

Oh! Artis

Zul Yahya masih kuat berniaga walaupun diuji masalah kewangan dan terpaksa tinggal di premis perniagaan.


Pelakon Zul Yahya akhirnya tampil memberi perkembangan terbaru selepas kisah kesempitan hidup keluarganya hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari lalu. Isterinya, Siti Raihan Mohd Rodzi memaklumkan keadaan mereka kini berada dalam keadaan baik dan masih meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun berdepan ujian berat.

Menurut Siti Raihan, Zul Yahya masih menjalankan perniagaan makanan mereka seperti biasa dan bersyukur ramai tampil membantu selepas kisah mereka tular.

Alhamdulillah kami semua okay, baik-baik saja. Abang (Zul) juga masih berniaga macam biasa. Syukur ramai yang membantu, keluarga, rakan-rakan dan pengikut kami di media sosial. Alhamdulillah.- Katanya.

Tak mahu lagi undang komen netizen

Kredit Foto Zul Yahya

Difahamkan, ramai kenalan rapat termasuk pengikut media sosial turut menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mereka.

Dalam masa sama, Siti Raihan berkata Zul Yahya memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai keadaan mereka kerana tidak mahu perkara itu disalah tafsir. Katanya lagi, pelakon itu juga kurang selesa membaca komen netizen yang ditinggalkan di media sosial sejak isu tersebut mula menjadi perhatian ramai.

Maaf, cuma abang tak mahu mengundang komen-komen netizen lagi.- Ujarnya.

Perniagaan Zul Yahya kurang stabil jadi punca

Kredit Foto Zul Yahya

Sebelum ini, Zul Yahya menerusi siaran langsung di TikTok mendedahkan perniagaan yang diusahakan mengalami masalah sehingga memberi kesan besar kepada kewangan keluarganya.

Malah, keadaan itu dikatakan menyebabkan mereka terpaksa keluar dari kediaman dan tinggal di premis perniagaan kerana tidak mampu menanggung bayaran utiliti.

Untuk rekod, Zul sebelum ini berhijrah ke Ipoh, Perak dan mengusahakan restoran steamboat sebelum menukar konsep kepada masakan kampung menerusi perniagaan dikenali sebagai Zul Yahya Recipe.

Pssttt! Dalam hidup ni kadang-kadang orang yang nampak kuat dekat luar pun sebenarnya sedang bertarung dengan masalah sendiri. Ohmedia harap korang jangan terlalu cepat menghukum sebab setiap orang ada ujian masing-masing.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top