Fahmi beri reaksi ringkas sidang akhbar Rafizi

Fahmi beri reaksi ringkas sidang akhbar Rafizi
Fahmi beri reaksi ringkas sidang akhbar Rafizi

Fahmi (dua dari kiri) ketika meninjau persiapan akhir Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru pada Sabtu.

JOHOR BAHRU – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil hanya memberi reaksi ringkas berhubung sidang akhbar yang bakal diadakan bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pada Ahad.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menjawab secara bersahaja apabila diminta mengulas perkara itu dalam sidang akhbar selepas melawat persiapan akhir Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini pada Sabtu.

“Meh… six seven,” katanya ringkas.

Rabu lalu, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi memaklumkan beliau bersama bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengadakan sidang akhbar berhubung hala tuju politik mereka.

Rafizi menyatakan pengumuman hala tuju politiknya bersama Nik Nazmi pada Ahad ini sebagai sesuatu yang luar biasa dan bukan sekadar pengumuman politik biasa.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, keputusan untuk mengadakan pengumuman secara terbuka serta menjemput orang ramai hadir menunjukkan ia mempunyai signifikan tersendiri.

 

 

Scroll to Top