Mayat wanita tanpa kepala ditemukan dalam kereta api

Mayat wanita tanpa kepala ditemukan dalam kereta api

NEW DELHI – Polis India melancarkan siasatan terhadap kes pembunuhan kejam seorang wanita selepas mayatnya ditemukan dalam keadaan dikerat dan disembunyikan di dalam kotak besi serta beg dalam sebuah kereta api di Lucknow pada Ahad.Mayat mangsa ditemukan di dalam koc tidur S1 kereta api Chhapra-Gomti Nagar Express sebaik tren itu tiba di stesen Gomtinagar selepas perjalanan dari Bihar.Penemuan mengerikan itu disedari petugas pembersihan kereta api yang melakukan pemeriksaan rutin selepas semua penumpang turun dari tren berkenaan.Mereka menemukan sebuah kotak besi berkunci dan beg besar tanpa pemilik berhampiran tandas dalam koc tidur tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak polis kereta api.Ketua Polis Kereta Api, Rohit Mishra berkata, anggota polis kemudian membawa kotak dan beg itu keluar ke platform stesen untuk pemeriksaan lanjut.Menurut beliau, kotak tersebut terpaksa dipecahkan sebelum polis menemukan tubuh seorang wanita tanpa kepala yang dibungkus dalam plastik.”Di dalam beg pula kami menemukan tangan dan kaki mangsa yang turut dibungkus dalam plastik.”Mangsa dipercayai berusia antara 25 hingga 30 tahun, namun identitinya masih belum dikenal pasti kerana kepala mangsa belum ditemukan,” katanya.Beliau berkata, polis percaya mangsa dibunuh kira-kira 10 hingga 12 jam sebelum mayatnya ditemukan.Siasatan awal turut mendapati kaki mangsa dipotong di bawah lutut manakala tangan dipotong di bawah siku sebelum disusun kemas di dalam beg.Polis juga tidak menemukan kesan darah pada beg tersebut sekali gus menimbulkan syak bahawa suspek cuba menyembunyikan jenayah itu secara terancang.Menurut Mishra, tiga pasukan khas telah ditubuhkan termasuk satu pasukan dihantar ke Bihar bagi membantu siasatan.Polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap stesen sepanjang laluan kereta api bagi mengenal pasti individu yang membawa kotak dan beg tersebut ke dalam tren.Kereta api Chhapra-Gomti Nagar Express mengambil masa hampir 12 jam perjalanan dan berhenti di kira-kira 20 stesen sebelum tiba di Lucknow.Pihak berkuasa percaya mayat mangsa dibawa masuk ke dalam kereta api di salah satu stesen sepanjang perjalanan bagi mengelirukan siasatan.Mayat mangsa telah dihantar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan membantu proses pengecaman identiti. – Agensi

Scroll to Top