
Seorang lelaki di Indonesia menjadi tular selepas meminta bantuan pengguna media sosial untuk mencarikan isteri baharu walaupun dia sudah mempunyai tiga isteri.
JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menjadi tular selepas meminta bantuan pengguna media sosial untuk mencarikan isteri baharu walaupun dia sudah mempunyai tiga isteri, lapor portal berita Lambe Turah.
Imej yang dimuat naik di Facebook memaparkan lelaki terbabit bergambar bersama ketiga-tiga isterinya yang mengenakan jubah serta niqab berwarna hitam.
Menerusi hantaran tersebut, lelaki itu dilihat berseloroh mengenai hasratnya untuk menambah seorang lagi isteri bagi melengkapkan kuota empat isteri.
“Masih kurang satu, ada sesiapa tahu macam mana nak cukupkan kuota empat isteri?” tulisnya di Facebook.
Perkongsian itu kemudian menjadi perhatian netizen dan mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen.
Seorang pengguna media sosial mempersoalkan bagaimana lelaki berkenaan mampu menarik perhatian wanita.
“Macam mana wanita boleh minat dia?” tulis seorang netizen.
Selain itu, seorang lagi pengguna turut mempersoalkan kemampuan lelaki tersebut dalam menyediakan nafkah kepada semua isterinya.
“Cuba tanya isteri ketiga, nafkah setiap bulan cukup atau tidak?” katanya. – Agensi



