Tersebar Video Bergaduh Atas Jalan Raya, Rupanya Sebab Cinta

Tersebar Video Bergaduh Atas Jalan Raya, Rupanya Sebab Cinta

Oh! Tidak

Pergaduhan tular di Sentul Raya dipercayai berpunca daripada hutang RM20,000 dan konflik cinta.


Pergaduhan tular membabitkan sekumpulan individu di Sentul Raya akhirnya mula terjawab apabila polis mendedahkan punca sebenar kejadian itu.

Kes yang berlaku tengah hari Rabu lalu dipercayai berpunca daripada masalah hutang sebanyak RM20,000 dan juga konflik peribadi.

Video pergaduhan berdurasi satu minit 29 saat itu sebelum ini hangat diperkatakan netizen kerana memaparkan beberapa individu termasuk wanita bergaduh di tengah jalan. Ramai juga tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku sampai jadi kecoh macam tu sekali.

Polis sudah tahan empat individu

Ohmedia polis tangkap
Kredit Foto Janaan AI

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa memaklumkan setakat ini empat tangkapan sudah dilakukan melibatkan dua lelaki dan dua wanita tempatan.

Menurutnya, kesemua suspek direman selama dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan lanjut berhubung insiden pergaduhan tersebut.

Punca pergaduhan itu adalah akibat masalah peribadi dan juga hutang. Kesemua suspek direman dua hari bermula semalam.- Katanya.

Tiga lagi suspek masih diburu

Kredit Foto Screenshot video

Dalam masa sama, polis turut mengesahkan tiga lagi suspek sudah dikenal pasti namun masih belum ditahan.

Ketiga-tiga suspek sudah dikenal pasti dan masih bebas namun akan ditahan dalam kadar segera. Kesemua suspek mengenali antara satu sama lain. Mereka adalah kawan dan ada hubungan peribadi.- Katanya.

Difahamkan semua individu terbabit memang saling mengenali dan mempunyai hubungan rapat sebelum konflik tersebut tercetus. Terdahulu, video pergaduhan itu mula tular di media sosial dan menarik perhatian ramai kerana berlaku secara terbuka di tengah jalan.

Malah, pergaduhan itu turut membabitkan beberapa wanita sehingga ramai netizen meluahkan rasa terkejut melihat situasi berkenaan.

Pssttt! Kadang-kadang masalah hutang dan hubungan peribadi ni kalau tak diselesaikan dengan baik memang boleh jadi makin parah. Ohmedia harap korang jangan cepat ikut emosi dan cuba selesaikan apa juga konflik secara matang sebelum keadaan jadi lebih buruk.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top