308 mangsa banjir di Beaufort malam ini

308 mangsa banjir di Beaufort malam ini

Beaufort: Jumlah mangsa banjir di Beaufort mula mencatatkan trend penurunan kepada 308 orang daripada 107 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 338 mangsa daripada 121 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memberitahu jumlah 338 mangsa daripada 121 keluarga itu tidak berubah sejak semalam, sehinggalah menurun pada malam ini.

Menurut JPBN Sabah, semua mangsa berlindung di Pusat Pemindahan Kekal Selagon di sini.

“Jumlah mangsa terdiri daripada 160 orang dewasa dan warga emas serta 148 kanak-kanak. Sebanyak 11 kampung terjejas dan tiada laporan kes kematian diterima,” menurut kenyataan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top