Polis rampas lebih 30 senjata, busur silang di kediaman penyerang Masjid San Diego

Polis rampas lebih 30 senjata, busur silang di kediaman penyerang Masjid San Diego
Polis rampas lebih 30 senjata, busur silang di kediaman penyerang Masjid San Diego

Polis pada Selasa memaklumkan bahawa mereka telah merampas lebih 30 senjata api dan satu busur silang dari kediaman yang dikaitkan dengan remaja bersenjata yang membunuh tiga individu di sebuah masjid di San Diego

WASHINGTON –  Polis pada Selasa memaklumkan bahawa mereka telah merampas lebih 30 senjata api dan satu busur silang dari kediaman yang dikaitkan dengan remaja bersenjata yang membunuh tiga individu di sebuah masjid di San Diego, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ejen khas yang bertanggungjawab ke atas pejabat luar Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di San Diego, Mark Remily berkata, pihak berkuasa melaksanakan tiga waran geledah di kediaman yang dikaitkan dengan suspek dan merampas pelbagai pistol, raifal, senapang patah, peluru, kelengkapan taktikal serta peranti elektronik dari dua lokasi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi San Diego: Tiga Muslim gugur sebagai wira

Lima maut serangan sasar masjid di AS

Lima termasuk 2 penyerang maut dalam serangan tembakan di kompleks masjid San Diego

Amin Abdullah wira selamatkan jemaah dalam serangan masjid San Diego

Remily berkata, penyiasat menemukan bahan bertulis pada suspek selepas kejadian tembakan itu dan sedang berusaha mendapatkan waran tambahan bagi memeriksa peranti yang dirampas dari lokasi kejadian.

“Kami juga telah melaksanakan waran geledah terhadap peranti elektronik yang dibawa suspek ketika kejadian dan sedang dalam proses mendapatkan waran tambahan bagi peranti yang ditemukan dalam kenderaan yang mereka gunakan.

“Kami masih meneliti peranti elektronik untuk mendapatkan jawapan, namun apa yang boleh saya katakan ialah mereka jelas mempunyai kebencian meluas terhadap ramai pihak,” tambah beliau.

Kejadian tembakan itu sedang disiasat sebagai jenayah kebencian.- Bernama 

Scroll to Top