Komited membina rumah berkualiti

Komited membina rumah berkualiti

suliati@hmetro.com.my

Dalam landskap hartanah yang semakin kompetitif dan mencabar, Marcus Group terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemaju dan kontraktor berwawasan yang komited mentransformasikan kehidupan masyarakat menerusi pembangunan perumahan berkualiti dan mampu milik.

Ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat kontraktor pembinaan dikenali dengan nama Shiya Sdn Bhd, Marcus Group kemudian berkembang menjadi pemaju hartanah menerusi penubuhan Shiya Development Sdn Bhd.

Seiring perkembangan perniagaan, syarikat itu melaksanakan penjenamaan semula dan kini dikenali sebagai Marcus Property Sdn Bhd di bawah Marcus Group.

Ia sekali gus membuka lembaran baharu dalam memperkukuhkan kedudukannya dalam sektor pembangunan hartanah di Malaysia.

Berteraskan keyakinan bahawa setiap keluarga berhak memiliki kediaman yang selesa dan selamat, Marcus Group kekal komited untuk membina komuniti mampan demi kesejahteraan generasi masa kini dan yang akan datang.

Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Johor dalam memperluaskan akses kepada rumah mampu milik, Marcus Group turut memainkan peranan aktif menerusi program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Melalui pembangunan yang mengutamakan keseimbangan antara kemampuan harga, kualiti dan fungsi, syarikat itu berusaha membantu lebih ramai rakyat Johor merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri, sekali gus meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

Selain pembangunan baharu, Marcus Group juga giat menghidupkan semula projek terbengkalai menerusi perancangan strategik, pengurusan berkesan dan pelaksanaan berkualiti tinggi.

Usaha itu bukan sahaja mengembalikan keyakinan pembeli dan meningkatkan nilai hartanah, malah menyumbang kepada pembangunan bandar yang lebih mampan serta pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Kualiti kekal menjadi teras utama dalam setiap pembangunan Marcus Group.

Bermula daripada peringkat perancangan, pembinaan sehingga penyerahan projek, syarikat sentiasa menitikberatkan kecemerlangan, inovasi dan penciptaan nilai jangka panjang bagi menetapkan penanda aras baharu industri hartanah dan pembinaan.

Melangkah ke hadapan, Marcus Group beraspirasi memperluaskan kehadirannya di peringkat tempatan dan antarabangsa, selain memperkukuhkan reputasi sebagai pemaju yang dipercayai dan berorientasikan komuniti.

Berlandaskan integriti, kualiti dan tanggungjawab sosial, Marcus Group komited untuk terus membentuk masa depan pembangunan mampan di Malaysia dan seterusnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top