JPJ Sita Vellfire Dan Brabus Milik Bekas Bintang Bola Sepak, Pakar Motivasi

JPJ Sita Vellfire Dan Brabus Milik Bekas Bintang Bola Sepak, Pakar Motivasi

Oh! Gear

JPJ sita Vellfire dan Brabus milik bekas pemain bola sepak serta pakar motivasi dalam Ops Luxury.


Kecoh juga bila dua individu terkenal termasuk bekas pemain bola sepak kebangsaan dan seorang pakar motivasi bergelar Datuk ditahan JPJ dalam Ops Luxury. Lagi panas, kedua-dua kenderaan mewah mereka terus disita atas beberapa kesalahan jalan raya.

Bekas pemain bola sepak yang pernah beberapa kali muncul juara Liga Super itu ditahan ketika memandu Toyota Vellfire sekitar Bukit Bintang kira-kira jam 4 pagi semalam. Pakar motivasi terbabit pula dicekup di sekitar Lembah Klang ketika memandu Mercedes Benz Brabus AMG.

JPJ dedah tiga kesalahan serius

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, kenderaan milik bekas pemain bola sepak itu disita selepas didapati tiada perlindungan insurans, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan lesen memandu juga sudah tamat tempoh.

Semakan mendapati LKM itu tamat tempoh sejak 7 Disember tahun lalu, yang mana sudah masuk lima bulan dan masih belum diperbaharui. Sebab itu kenderaan disita.- Katanya.

Bukan itu sahaja, JPJ turut mendapati Mercedes Benz Brabus AMG milik pakar motivasi berkenaan juga mempunyai LKM tamat tempoh selain tiada perlindungan insurans.

Pakai nombor lama walaupun dah tukar

Kredit Foto Harian Metro

Apa yang lebih mengejutkan, JPJ turut mendapati kenderaan pakar motivasi itu masih menggunakan nombor pendaftaran lama walaupun pertukaran nombor sudah dibuat sebelum ini.

Selain itu, kita juga dapati semasa ditahan, kenderaan itu dipamer nombor kenderaan lain kerana sebenarnya beliau sudah membuat pertukaran nombor pendaftaran bagi kenderaan berkenaan, namun masih menggunakan nombor yang lama di mana ia adalah satu kesalahan.- Katanya.

Dalam operasi sama, JPJ dedah kesalahan LKM tamat tempoh paling lama dikesan adalah sejak 1 Januari 2025. Malah sebuah Porsche turut direkodkan mempunyai tunggakan LKM mencecah RM16,000.

JPJ menegaskan pihak mereka memandang serius isu ketidakpatuhan seperti ini dan operasi penguatkuasaan akan terus diperhebat dari semasa ke semasa.

Pssttt! Kadang-kadang ramai rasa benda macam roadtax dan insurans ni boleh bertangguh, lebih-lebih lagi bila sibuk dengan kerja atau urusan lain. Tapi bila dah kena tahan dan kenderaan disita, memang terus sakit kepala dibuatnya. Jadi korang pastikan semua dokumen kenderaan sentiasa aktif sebelum jadi masalah lebih besar nanti.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top