Polis menyamar jadi penari tangkap pengedar dadah

Polis  menyamar jadi penari  tangkap pengedar dadah

LOP BURI – Taktik sekumpulan anggota polis yang menyamar sebagai penari berjaya menumpaskan seorang pengedar dadah.Penyamaran itu dibuat oleh pasukan di Tha Luang, Lop Buri, Thailand.Suspek dikenali sebagai Mekha Fa-wap-wap diberkas atas kesalahan berkaitan dadah dan kegiatan perjudian haram.Pihak berkuasa turut merampas 53 pil methamphetamine dan lebih 200 beg plastik kecil dipercayai untuk tujuan pengedaran dadah serta sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk aktiviti mesin slot dalam talian.Mekha kini berada dalam tahanan pihak berkuasa sementara menunggu prosiding undang-undang selanjutnya.Difahamkan, suspek berdepan pertuduhan memiliki dadah berbahaya Kategori 1 dengan niat untuk menjual selain mengendalikan platform perjudian dalam talian tanpa kebenaran. – Agensi

Scroll to Top