SEREMBAN – Selepas lebih sedekad beroperasi, Amani Travel Sdn Bhd (Amani Travel) terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara syarikat pengendali haji dan umrah yang diyakini di negara ini apabila diberi kepercayaan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk mengendalikan jemaah haji bagi tiga tahun berturut-turut.Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Amani Travel, Wan Muhammad Mior Ismail berkata, pelantikan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) sejak tahun 2023 merupakan satu pengiktirafan besar terhadap keupayaan syarikat dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan menepati standard yang ditetapkan.”Syarikat perlu melalui proses penilaian meliputi aspek keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah serta prestasi operasi terdahulu untuk memperoleh dan mengekalkan lesen PJH.”Alhamdulillah, kami berjaya memenuhi semua kriteria yang ditetapkan dan diberikan kepercayaan selama tiga tahun berturut turut. Ini adalah amanah yang sangat besar dan kami komited untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin,” katanya kepada Sinar Harian.Menurutnya, kali pertama diberi tanggungjawab itu, seramai 123 jemaah yang diuruskan dan tahun ini meningkat kepada 610 jemaah.Jelas beliau, pertambahan tersebut membuktikan keyakinan TH serta kepercayaan orang ramai terhadap kemampuan Amani Travel.”Peningkatan jumlah jemaah ini menunjukkan prestasi kami sentiasa dipantau dan dinilai secara berterusan. Sekiranya kami gagal mencapai standard yang ditetapkan, sudah tentu lesen ini tidak akan diperbaharui.”Kami sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa agar setiap jemaah mendapat perkhidmatan terbaik,” katanya.Selain itu, bagi memastikan jemaah benarbenar bersedia untuk menunaikan haji, Amani Travel bukan saja menyediakan kursus persediaan secara fizikal tetapi juga dalam talian (online).Jelas Wan Muhammad, setiap jemaah akan dibekalkan modul khas, buku panduan dan rakaman video yang boleh diakses menerusi saluran YouTube syarikat.”Walaupun kita mengadakan kursus secara fi zikal, tetapi semua sesi turut dirakam agar jemaah yang tidak berpeluang untuk datang boleh menontonnya secara online pada bila-bila masa.”Kami mahu semua jemaah mendapat kefahaman yang jelas supaya dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan penuh keyakinan,” katanya.Mutawif bersama jemaah dari awal hingga akhirTambahnya, bagi memastikan setiap jemaah dapat dibimbang dan diuruskan dengan baik, seorang mutawif dan seorang petugas bagi setiap 50 jemaah.Ujar beliau, kebanyakan mutawif yang dipilih terdiri daripada orang muda yang mana mereka bukan saja mempunyai latar belakang dalam bidang agama, tetapi turut mempunyai kecergasan fizikal.”Kita sedia maklum kebanyakan jemaah haji ini merupakan golongan berusia yang mudah terdedah dengan masalah kesihatan sebaik tiba di sana disebabkan perubahan cuaca dan suasana.”Mutawif inilah yang memainkan peranan untuk membantu para jemaah. Kami menyediakan mutawif muda yang fizikalnya lebih cergas,” katanya.Wan Muhammad berkata, mutawif akan mengiringi jemaah dari awal penerbangan hingga pulang ke tanah air sekali gus memastikan setiap jemaah sentiasa berada di bawah bimbingan.”Hubungan yang terjalin ini membantu jemaah lebih selesa untuk bertanya dan mendapatkan bimbingan sepanjang perjalanan,” katanya.Hotel bertaraf lima bintangBeliau berkata, salah satu kelebihan utama Amani Travel ialah pemilihan penginapan bertaraf lima bintang yang terletak berhampiran Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.Katanya, lokasi hotel yang strategik memudahkan pergerakan jemaah terutama golongan warga emas untuk pergi beribadah.”Walaupun hotel pilihan kami bertaraf lima bintang, tetapi harga pakej ditawarkan masih berpatutan dan berbaloi untuk jemaah.”Dalam pakej haji juga, Amani Travel turut menyediakan penginapan di Aziziyah bagi memudahkan pergerakan jemaah ketika Masyair, terutama semasa melaksanakan ibadah mabit dan melontar jamrah di Mina,” katanya.Penerbangan terus tanpa transitBagi mengurangkan keletihan jemaah, kata Wan Muhammad, syarikat berkenaan menggunakan penerbangan terus ke Arab Saudi.Tambahnya, langkah itu penting kerana sebahagian besar jemaah terdiri daripada warga emas yang memerlukan perjalanan lebih selesa dan kurang memenatkan.”Dengan penerbangan terus tanpa transit, jemaah kurang letih dan lebih bersedia dari segi fizikal serta mental untuk memulakan ibadah setibanya di Tanah Suci,” katanya.Urus lebih 20,000 jemaah umrahDalam pada itu beliau berkata, sepanjang beroperasi, lebih 20,000 jemaah umrah telah diterbangkan dari seluruh negeri.Ujarnya, syarikat itu kini mempunyai lima cawangan di Selangor, Perak, Johor, Pahang dan Kelantan, selain mula menawarkan pakej pelancongan Muslim ke beberapa destinasi luar negara.”Kami sasarkan membawa kira-kira 5,000 jemaah umrah setiap tahun dengan 10 penerbangan sebulan.”Pertumbuhan jumlah pelanggan kami banyak didorong oleh maklum balas positif jemaah terdahulu yang berkongsi kepuasan mereka kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.”Kepercayaan ini sangat berharga dan menjadi motivasi utama untuk kami terus memberikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya.Bagi memudahkan komunikasi dengan keluarga atau waris jemaah, beliau memberitahu yang setiap daripada mereka akan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp.Menurutnya, waris boleh mengikuti perkembangan semasa di sana, malah tidak perlu rasa bimbang kerana setiap kebajikan jemaah diambil berat.Sementara itu beliau mengakui bahawa cabaran utama setiap jemaah ialah ketahanan fizikal dan mental kerana ibadah haji memerlukan banyak pergerakan, berjalan jauh dan kesabaran menghadapi kesesakan.”Kami sentiasa mengingatkan jemaah supaya membuat persediaan lebih awal, termasuk menjaga kesihatan dan meningkatkan stamina.”Jika ada masalah kesihatan atau kecederaan, kami akan membantu menguruskannya dengan segera,” katanya.Perancangan masa hadapanDalam perancangan jangka panjang, Amani Travel menyasarkan untuk menghantar sekurang-kurangnya 500 jemaah haji mengikut kapasiti syarikat, selain meningkatkan 10,000 jemaah umrah setahun.Pada masa sama beliau berkata, pihaknya mahu membuka cawangan di seluruh negeri termasuk di Sabah dan Sarawak.”Setakat ini kita mempunyai lima cawangan iaitu di Selangor, Perak, Johor, Pahang dan Kelantan manakala ibu pejabat kami beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan.”Kami mahu menjadi antara syarikat pengendali haji dan umrah paling dipercayai di Malaysia. Fokus kami bukan sekadar membawa jemaah ke Tanah Suci, tetapi memastikan mereka mendapat pengalaman ibadah yang selesa, teratur, selamat dan benar-benar bermakna,” katanya.Maklum balas pelangganSementara itu, Ibrahim Hassan,42 memuji perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh Amani Travel kepada semua jemaah di bawah jagaan mereka.”Saya berpuas hati dengan servis yang diberikan dan saya pun tak jangka sebaik ini. Mutawif yang disediakan bukan sahaja berilmu tetapi sangat membantu. Kalau kita ada masalah, cepat saja mereka respon,” katanya.Ujarnya, layanan terbaik diberikan membuatkan perjalanannya menunaikan ibadah haji dirasakan lebih mudah.Pandangan sama dikongsi pasangan suami isteri Adilzahari Md Nor, 47 dan Nor Azlina Tusiman, 45 yang menyifatkan mutawif yang bertugas sangat bertanggungjawab memastikan setiap jemaah dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.”Mutawif semua mesra, pengisian diberi sepanjang kami di sana pun cukup dari awal perjalanan hingga pulang ke tanah air.”Pastinya kami akan merindui servis Amani Travel,” katanya.



