Telefon Lipat Ini Dah “Gila” – HONOR Magic V6 Boleh Tarik Kapal Terbang & Tahan Beban Seorang Dewasa!?

Telefon Lipat Ini Dah “Gila” – HONOR Magic V6 Boleh Tarik Kapal Terbang & Tahan Beban Seorang Dewasa!?

Kalau dulu telefon lipat selalu dikaitkan dengan “cantik tapi fragile”, sekarang naratif tu nampaknya dah mula berubah total. Dan HONOR nampaknya betul-betul nak buktikan satu perkara iaitu telefon lipat bukan lagi barang manja.

Terbaru, HONOR dengan Magic V6 tampil dengan demonstrasi yang memang level “tak masuk akal tapi berlaku depan mata”. Korang bayangkan sebuah telefon lipat yang bukan sekadar boleh buka tutup, tapi diuji sampai tahap menarik pesawat komersial, mengheret supercar, dan menampung beban seorang dewasa!

Ya, korang tak salah baca.

Dalam ujian ekstrem yang dipamerkan, HONOR Magic V6 dilihat berjaya melalui siri cabaran yang lebih sesuai untuk mesin industri berat, bukan sebuah telefon pintar.

Dari tarikan pesawat sejauh ratusan meter hinggalah menggerakkan kereta berprestasi tinggi, semua itu digunakan untuk membuktikan satu benda, engsel (Engsel (hinge) ialah bahagian sambungan yang membolehkan telefon lipat “buka dan tutup” dengan lancar) – sama macam pintu dan struktur telefon ini bukan “hiasan”.

Lebih mengejutkan, ada juga demonstrasi di mana peranti ini menyokong berat seorang manusia untuk melakukan pull-up. Dan hasilnya? Telefon masih kekal berfungsi seperti biasa. Tiada retak, tiada bengkok, tiada drama. Pergh, hebat kan?

Di sinilah HONOR mula bermain dengan naratif baru. Kalau telefon ini boleh tahan tekanan ekstrem macam ni, apa lagi tekanan harian dalam poket, beg, atau jatuh meja? Relatable kan?

Dari “Foldable Rapuh” ke “Foldable Monster”

Sebenarnya, isu utama telefon lipat sejak dari dulu memang sama: orang tak percaya.

Skrin mudah rosak, engsel cepat longgar, dan kos repair pula boleh buat orang fikir dua kali. Tapi HONOR cuba ubah stigma tu dengan pendekatan yang agak agresif iaitu bukan hanya sekadar cakap, tapi tunjuk “live proof”.

Magic V6 dibina dengan fokus utama pada kekuatan struktur. Engselnya direka menggunakan bahan keluli khas kekuatan tinggi yang dikatakan mampu menahan tekanan berulang ratusan ribu kali lipatan. Maksudnya, ini bukan telefon yang direka untuk cantik semata-mata tapi untuk “hidup lama dalam dunia sebenar”.

Dan bila masuk bab ketahanan, HONOR memang nampak macam tak mahu main selamat je korang.

Skrin Digosok Mesin Gerudi? Ya, Betul

Salah satu demo yang paling viral adalah skrin luar Magic V6 digesek menggunakan mesin gerudi.

Bunyi macam overkill, tapi hasilnya cukup untuk buat orang terdiam: skrin masih kekal elok tanpa kesan calar besar. Ini sekali gus nak buktikan bahawa lapisan perlindungan skrin mereka bukan sekadar marketing spec sheet.

Skrin dalam pula menggunakan panel fleksibel generasi baharu yang direka untuk mengurangkan kesan lipatan (crease), satu benda yang selalu jadi “cirit mata” pengguna foldable sebelum ni.

Nipis Tapi Kuat — Itu Misi Dia

Walaupun nampak ekstrem dari segi ketahanan, Magic V6 tetap datang dengan reka bentuk yang sangat nipis untuk kelas foldable. Bila dilipat, ia kekal compact seperti telefon biasa. Bila dibuka, ia berubah jadi skrin besar macam tablet mini untuk multitasking, kerja, atau hiburan.

Konsep dia simple tapi agresif: “jangan nilai kekuatan dari saiz.”

Tahan Air, Tahan Habuk, Tahan Paranoia

Kalau sebelum ni telefon lipat selalu buat orang risau pasal air dan habuk, Magic V6 cuba tutup semua lubang ketakutan tu dengan rating ketahanan tinggi untuk kelasnya.

Maksudnya, hujan, percikan air, atau penggunaan harian bukan lagi benda yang perlu dipikir sampai stress.

Dan untuk tambah “peace of mind”, HONOR juga tawarkan perlindungan tambahan untuk skrin dan jaminan yang lebih panjang berbanding standard industri.

Tapi Soalan Besar Masih Sama…

Semua demo ekstrem ni memang nampak mengagumkan. Tapi persoalan yang pengguna biasa akan tanya tetap sama:

“Betul ke aku akan pakai telefon ni untuk tarik pesawat?”

Jawapannya mudah – tak.

Tapi mesej dia jelas. Kalau telefon boleh tahan tahap ekstrem macam tu, penggunaan harian sepatutnya bukan lagi isu. Itu strategi HONOR iaitu over-engineer untuk bagi pengguna rasa “selamat”.

Bukan Sekadar Telefon Lipat Baru Biasa

HONOR Magic V6 bukan sekadar telefon lipat baru dalam pasaran. Ia datang dengan misi yang lebih besar iaitu nak ubah persepsi bahawa foldable itu fragile.

Sama ada korang percaya atau tidak dengan semua demo ekstrem ni, satu benda memang jelas: persaingan telefon lipat sekarang dah masuk fasa baru, fasa di mana “kuat” bukan lagi pilihan, tapi kewajipan.

Dan kalau trend ni berterusan…mungkin tak lama lagi, telefon lipat bukan lagi gadget niche. Tapi jadi standard baru flagship masa depan.


Scroll to Top