Johan Ghazali Dakwa Kunafa ‘Makanan Sampah’, Ojen Dedah Jojo Pernah Beli

Johan Ghazali Dakwa Kunafa ‘Makanan Sampah’, Ojen Dedah Jojo Pernah Beli

Oh! Artis

Jo Ghazali jadi perhatian selepas kritik kunafa dan didakwa pernah order Kunafa Aiwah.


Nama Johan Ghazali agak kecoh jugalah dekat media sosial sekarang bila atlet Muay Thai negara, tiba-tiba jadi perhatian ramai gara-gara satu video tular. Dalam video tu, Jojo dilihat mengkritik makanan kunafa dan menyifatkan makanan popular tersebut sebagai “makanan sampah”.

Walaupun kenyataan itu tidak ditujukan kepada mana-mana jenama atau individu tertentu, netizen mula ‘panas’ bila pengusaha Kunafa Aiwah tampil berkongsi sesuatu yang buat ramai terhibur.

Pengusaha kunafa tampil beri respon kritikan Johan Ghazali

Kredit Foto Ojen Aiwah

Pengusaha Kunafa Aiwah, Ojen Aiwah memuat naik satu hantaran di Threads dengan menyertakan video Jojo yang sedang mengkritik kunafa.

Apa yang lebih mencuri perhatian bila Ojen turut berkongsi tangkap layar mesej yang didakwa menunjukkan Jojo pernah membuat pesanan kunafa daripada jenamanya sebelum ini. Perkongsian tersebut terus mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan situasi berlaku.

Ada netizen berseloroh mengatakan mungkin Jojo hanya mengkritik kunafa secara umum dan bukannya semua jenis kunafa.

Dalam masa sama, ramai juga yang anggap perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana setiap orang memang ada citarasa dan pandangan tersendiri terhadap makanan.

Ohmedia johan Ghazali
Kredit Foto Johan Ghazali

Setakat ini, hantaran tersebut masih lagi menjadi perhatian di media sosial dengan ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi lucu netizen.

Ada yang sekadar bergurau, ada juga yang minta kedua-dua pihak jangan ambil serius isu tersebut kerana ia hanyalah pandangan peribadi semata-mata.

Pssttt! Biasalah dunia media sosial ni, kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi topik panas sekelip mata. Apa pun, hormat pendapat masing-masing dan jangan terlalu cepat menghukum hanya sebab citarasa makanan berbeza, korang.

Kredit: Instagram ojennaiwahhh_
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top