LATEST
National

Adik Mbappe terus bina nama di Lille

Adik Mbappe terus bina nama di Lille

LILLE: Adik kepada bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappe, Ethan Mbappe melanjutkan kontraknya bersama Lille sehingga 2029, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya bersama kelab berkenaan.

Baca juga: Fernandes kekal di Old Trafford hingga 2028

Lille mengumumkan lanjutan kontrak pemain tengah berusia 19 tahun itu, selepas dia menyertai kelab berkenaan dari Paris Saint-Germain (PSG), dua tahun lalu.

Ethan berkata, dia amat menghargai sokongan diberikan Lille sepanjang tempoh bersama kelab itu, termasuk ketika berdepan masalah kecederaan.

“Saya amat berterima kasih kepada Lille yang sentiasa memberikan sokongan dan tidak pernah mengecewakan saya, termasuk ketika saya mengalami kecederaan.

“Saya berasa selesa di sini, dengan persekitaran yang sangat baik untuk terus berkembang.

“Sasaran saya sekarang adalah untuk terus memperbaiki prestasi dan membantu pasukan memenangi trofi bersama kelab ini,” katanya.

Ethan semakin mendapat kepercayaan dalam skuad utama Lille apabila memulakan 10 daripada 12 perlawanan pada musim ini.

Dia turut menyumbang dua gol dan dua bantuan jaringan, sekali gus membuktikan peranan pentingnya dalam pasukan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news